VAZMAZ OPTIMISTIK DAN INGIN DOMINASI KEJUARAAN SEPANG DRAG BATTLE
teamcar - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekali lagi bakal menjadi medan pertarungan jentera-jentera modifikasi seluruh negara apabila bakal menjadi tuan rumah pusingan akhir Sepang Drag Battle 2006 pada Sabtu, (11hb November 2006).Tumpuan diberikan kepada pesaing yang kerap menjadi buah mulut peserta-peserta Sepang Drag Battle (SDB) yang bertandang dari Johor iaitu Vazmaz Engineering. Pasukan ini merupakan pesaing tegar yang memberi saing sengit dan konsisten pada setiap pusingan yang disertainya.“VAZMAZ adalah keringan anak jati Johor dan kami telah beroperasi hampir 13 tahun.
Pengasas VAZMAZ ialah Edmund William Vaz yang mempunyai 40 tahun pengalaman dalam dunia modifikasi serta perlumbaan. Ilmu serta pengalaman luas yang telah diwarisi ini, kami praktikkan didalam sukan lumba pecut tanahair. Pusingan akhir SDB yang bakal berlangsung ini, menyaksikan kami bakal mempertaruhkan jentera yang tidak asing lagi iaitu Mazda RX7 FC3s.
Jentera ini dianggarkan mempunyai 450 kuasa kuda dan menggunakan khidmat Microtech sebagai nadi pemprosesan.“Mazda RX7 serba merah ini telah kami selaraskan pengubahsuai sesuai dengan permukaan Litar Sepang agar kami dapat memaksimakan tujahan.
Jentera ini bakal dipandu oleh Foong Yap Weng yang telah seakan sebati bersama Mazda RX 7 Vazmaz ini, kata Eric Oliver Vaz selaku koordinator kepada pasukan Vazmaz.SDB merupakan acara sukan lumba pecut yang telah diperkenalkan di Litar Sepang melibatkan saingan di antara dua jentera bersaing pada satu masa dan menguji kepantasan tujahan masing-masing di laluan lurus sepanjang 400 meter.
Kesempatan ini telah diambil oleh pelumba-pelumba dengan adanya kemudahan yang serba moden dan terkawal membolehkan mereka beraksi tanpa sebarang keraguan.
Tiket untuk menyaksikan acara Drag Race ini berharga RM10 untuk kawasan Grandstand dan RM30 untuk kawasan bangunan pit dan Paddock sementara bayaran RM2 dikenakan untuk meletak motosikal dan RM5 untuk kereta di kawasan Paddock.



0 Comments:
Post a Comment
<< Home